TEMPAH ONLINE SURPRISE DELIVERY DI WEBSITE BARU KAMI WWW.IDAERASURPRISE.COM

Saturday, May 4, 2019

English Roses

Assalammualaikum..
Hari ni kita tak cerita pasal delivery, tapi nak cerita tentang minat...
Korang mesti ada minat tersendiri kan?
Lain orang,lain minatnya..

Ada yang suka membaca,travel,memancing etc.
Macam saya,memang la suka travel tapi kadang tu fulus tak banyak sangat...ehehe
So tukar la minat pada berkebun..

Sekarang memang tengah trend sangat orang tanam cactus kecik2 comey tu kan?
Tapi saya tak tanam cactus,tapi tanam English Roses..
Haaaaa....mesti ada yang pernah dengar and ada yang tak..
"English Roses ni bukan kat negara2 Eropah atau yang sejuk2 je ke boleh tanam?"

Jangan tak tahu,sekarang English Roses memang dah boleh tanam kat Malaysia yang beriklim khatulistiwa nih... (panas sekarang lain macam kan..)🤒

English rose sekarang memang dah boleh tahan cuaca yang panas yang amat, thanks to pioneer / orang yang breed rose ni iaitu David Austin.
David Austin ni la yang breed rose2 yang boleh tahan panas ni,kalau nak baca lebih lanjut pasal dia,boleh tanya Cik Google yea 😁

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Berbalik pada minat tanam English rose ni, mula tu beli rose biasa je,tiba2 nampak online ni banyak seller2 jual English rose..
Dah beli satu,menjadi pulak pokoknya, beranak pinak la pulak pokok rose tu.. 😅
Macam2 jenis English rose ni.. Ni antara jenis2 dia.. (ihsan Google,sebab bunga2 saya belum berbunga lagi 😅)
Red Eden (picture credit: David Austin)
Bishop Castle (picture credit : Gardenia.net)
Princess Sakura
Bienvenue
Falstaff
The Alnwick

Ni pulak koleksi2 yang ada kt rumah..

Blue River
Cherry Brandy
Seven Sisters
Ni tak tahu nama dia,sebab beli kt Nursery biasa je 😊

Bagi yang nak cuba jaga pokok English Rose ni, boleh cari seller rose ni kat FB ..

Selamat menanam 😊😊😊

#englishroses #berkebun #roses #bienvenue #blueriver #cherrybrandy #sevensisters #bishopcastle #princesssakura #thealnwick #falstaff #rededen #minat #idaerasurpise #floristrawang #floristbukitberuntung #surprisedeliveryrawang #surprisedeliverykl #surprisedeliveryselangor


No comments: