Salam, Kat sini Kak Ida nak perkenal kan product baru dari Idaera Cookies iaitu Madu Lebah Tualang Asli.
Madu yg kak Ida jual nie ada dua jenis iaitu madu yg berwarna kuning dan berwarna hitam....
Madu Lebah Tualang Asli |
Madu Lebah Tualang (Kuning Keemasan) Harga Sebotol ( 350 gm ) : RM 12 |
Madu Lebah Tualang (Hitam) Harga Sebotol ( 350 gm ) : RM 14 |
Dari kajian yg pernah di buat di salah satu IPTA di Malaysia Madu tualang adalah 5 kali lebih berkhasiat dari madu komersial iaitu madu yg diternak didalam kotak2 .....
Madu tualang dihasilkan oleh lebah jenis Apis Dorsata. Lebah jenis nie akan mengutip manisan (nektar) bunga kemudian diolah dalam badan serangga tersebut sehingga menjadi madu.
Madu asli mempunyai gula tidak melebihi 75% gula dan air tidak lebih dari 22%.
Perbezaan madu lebah asli, ternak dan tiruan:
* Madu lebah asli mudah diterbalikkan dan apabila digoncang menghasilkan buih dan warnanya berubah sedangkan madu ternak dan madu tiruan mengalir perlahan apabila diterbalik dan digoncangkan (Info dari Website FAMA)
[Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.]Firman Allah: surah Al-Nahl (Q:16:68-69)
No comments:
Post a Comment